PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM)
merupakan organisasi yang bergiat aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi
dan sukan untuk golongan OKU penglihatan.

Sempena tahun 2023 yang baharu ini, PPOBM mengambil inisiatif
untuk menganjurkan majlis makan malam penghargaan dan pencarian dana
untuk menerbitkan bahan bacaan braille bagi OKU penglihatan serta
menampung kos operasi PPOBM untuk menjalankan pelbagai kerja-kerja kebajikan
dan program bantuan buat semua ahli PPOBM.

MATLAMAT MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Penghargaan kepada OKU penglihatan dalam pelbagai bidang
Mengumpul dana penerbitan bahan bacaan braille bagi oku penglihatan
Mengumpul dana operasi bagi kerja-kerja kebajikan dan program bantuan buat ahli PPOBM
Menjadi wadah memperkenalkan PPOBM sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan warga OKU penglihatan
PPOBM bertuah kerana beroleh peluang untuk berkolaborasi bersama
Oilylicious Healthcare Sdn Bhd yang menyokong usaha menganjurkan majlis ini
bersama rakan kolaborasi yang lain iaitu Iyyaka,
Atiqah Home Tuition dan Moment Learning Management.

PPOBM berbesar hati untuk menerima segala bentuk bantuan dan tajaan
terutamanya penjualan meja untuk menghadiri majlis makan malam amal ini.

ATURCARA MAJLIS

MASA ATURCARA
7.30 MALAM
PENDAFTARAN
7.50 MALAM
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
8.00 MALAM
MAJLIS BERMULA
8.05 MALAM
BACAAN DOA
8.10 MALAM
PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DRAMATARI TENGGARA DANCE COLLECTIVE
8.20 MALAM
UCAPAN PRESIDEN PPOBM
UCAPAN PERASMIAN
8.30 MALAM
JAMUAN MAKAN
8.45 MALAM
PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN
• HAFIZ SUIP
• ADIRA
PENYAMPAIAN ANUGERAH
9.45 MALAM
CABUTAN BERTUAH
10.00 MALAM
PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN
• HAFIZ SUIP & ADIRA
• CALIPH BUSKERS
10.30 MALAM
PENYAMPAIAN CEK REPLIKA PENAJA PLATINUM
SESI FOTOGRAFI
SESI MEET & GREET PENAJA PLATINUM DAN GOLD
11.30 MALAM
MAJLIS BERSURAI

SIAPA YANG PATUT MENAJA?

BAGAIMANA MAHU MENAJA?

PAKEJ SILVER

PER MEJA |10 ORANG
RM 10,000
  • Paparan logo syarikat di buku program, poster digital, banner semasa majlis makan malam
  • Jamuan makan malam bersama tetamu VVIP
  • Rakaman foto eksklusif sepanjang majlis makan malam
  • Produk kraftangan eksklusif OKU penglihatan
  • Cenderahati khas penaja
  • Pelepasan cukai “dibawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967”

PAKEJ GOLD

PER MEJA |10 ORANG
RM 20,000
  • Paparan logo syarikat di buku program, poster digital, banner dan media sosial semasa majlis makan malam
  • Jamuan makan malam bersama tetamu VVIP
  • Rakaman foto eksklusif sepanjang majlis makan malam
  • Produk kraftangan eksklusif OKU penglihatan
  • Cenderahati khas penaja
  • Pelepasan cukai “dibawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967”
  • Slot jemputan khas ke program anjuran PPOBM sepanjang 2023

PAKEJ PLATINUM

PER MEJA |10 ORANG
RM 30,000
  • Paparan logo syarikat di buku program, poster digital, banner, media sosial, bahan pemasaran di media cetak dan elektronik serta semua yang berkaitan sebelum, semasa dan selepas majlis makan malam
  • Jamuan makan malam bersama tetamu VVIP
  • Slot meet & greet bersama tetamu VVIP / Selebriti selepas majlis
  • Slot penyampai anugerah
  • Rakaman foto eksklusif sepanjang majlis makan malam
  • Produk kraftangan eksklusif OKU penglihatan
  • Cenderahati khas penaja
  • Pelepasan cukai “dibawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967”
  • Slot jemputan khas ke program anjuran PPOBM sepanjang 2023

ATAU

PAKEJ MEET & GREET

PER INDIVIDU
RM 1,000
  • Makan malam untuk seorang
  • Meet & greet bersama Hafiz & Adira
  • Produk kraftangan eksklusif OKU penglihatan
  • Pelepasan cukai “dibawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967”

ATAU

PAKEJ INDIVIDU

PER INDIVIDU
RM 250
  • Makan malam untuk seorang
  • Produk kraftangan eksklusif OKU penglihatan
  • Pelepasan cukai “dibawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967”